Langkau ke kandungan utama
Joy Family Hub
Utama Zon & Aktiviti Pakej Parti Kelas Bermain Kisah Kami Lokasi & Hubungi Tempah Lawatan
Lima zon, satu bumbung

Zon & aktiviti di Joy Family Hub

Dari bayi baru belajar berjalan sampai budak umur 12 tahun yang penuh tenaga — setiap zon direka ikut peringkat, dengan lantai berlapik dan pemantauan staff sepanjang waktu.

Zon Petualang: gelongsor dan kolam bola warna-warni
4-7 Tahun

Zon Petualang

Tiga gelongsor pelbagai kelajuan turun terus ke kolam bola. Zon paling riuh, paling digemari kanak-kanak umur pertengahan.

Zon Tots: ruang soft play lembut untuk bawah 4 tahun
1-3 Tahun

Zon Tots

Ruang berlapik lembut khas kanak-kanak kecil. Bucu bulat, ketinggian rendah, berpagar berasingan daripada zon lebih tua.

Zon Aksi: sesi kelas bermain dan aktiviti berkumpulan
8-12 Tahun

Zon Aksi & Kelas

Trampolin bersambung, dinding panjat rendah dan ruang untuk sesi kelas bermain berkumpulan pada hujung minggu.

Bilik parti persendirian dengan meja bulat dan hiasan belon
Semua Umur

Bilik Parti

Dua bilik parti persendirian — satu lebih besar untuk sehingga 20 tetamu, satu lagi untuk sambutan kumpulan lebih kecil.

Kafe keluarga halal tempat ibu bapa berehat sambil mengawasi anak
Ibu Bapa

Kafe Keluarga Halal

Menu halal sepenuhnya, kopi untuk ibu bapa, snek kegemaran kanak-kanak, dan pandangan terus ke zon utama.

Pelan penuh susun atur Joy Family Hub termasuk surau dan lounge
Kemudahan

Surau & Ruang Legar

Surau kecil untuk waktu solat dan ruang legar berkusyen lembut untuk ibu bapa berehat antara zon.

Keselamatan dahulu

Bukan sekadar warna-warni

Setiap zon ada had bilangan kanak-kanak, staff pemantau ditugaskan mengikut zon, dan lantai berlapik diperiksa setiap pagi sebelum pintu dibuka. Isnin ialah hari sanitasi penuh — bukan sebab kami malas, sebab kolam bola dan gelongsor memang perlu dibersihkan menyeluruh sekali seminggu.

Tempah Lawatan Sekarang